Program MyCEKAP Masyarakat-Bengkel TOT (Training of Trainers) Pemimpin Masyarakat Anjuran Jabatan Penerangan Daerah Tanjung Manis
13 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniProgram MyCEKAP Masyarakat-Bengkel TOT (Training of Trainers) pemimpin masyarakat adalah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Tanjung Manis dengan kerjasama Cawangan Komunikasi Pengehakupayaan Orang Kurang Upaya (CKPOKU), bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang berinformasi dalam menyampaikan agenda inklusiviti melalui platform instrumentasi mengenai komuniti OKU di peringkat kawasan. Pihak PIK menyambut baik program ini untuk diadakan di PIK dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang serba lengkap bagi memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang.
Sebelum sesi bermula, peserta turut ditayangkan dengan tayangan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi dan seterusnya mempromosikan perkhidmatan PIK yang sedia ada untuk dimanfaatkan sebaiknya. Sesi ini melibatkan seramai 14 orang peserta dengan mempraktikkan norma baharu bagi memenuhi pematuhan SOP yang telah ditetapkan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: