Training untuk Staf Pusat Internet Komuniti

12 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2021, telah berlangsungnya Staff Training 2021 bagi 4 buah Pusat Internet Komuniti yang tersenarai iaitu Pusat Internet Komuniti Sebandi Ulu, Pusat Internet Komuniti Kg. Jerijeh, Pusat Internet Komuniti Kg. Bako dan Pusat Internet Komuniti Braang Bayur secara maya melalui aplikasi Microsoft Team. Pihak Sprintz Designs (SD) telah melantik seorang Trainer yang berpengalaman iaitu Encik Arif Osman dari YES Academy untuk mengendalikan kursus pada kali ini. Tajuk kursus kali ini adalah Photography Smartphone. Tiga perkara penting yang diajar untuk disampaikan kepada komuniti adalah mengetahui jenis-jenis fotografi, komposisi fotografi dan penyuntingan asas fotografi.

Kursus berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dan berlangsung selama 8 jam ini turut diselitkan dengan latihan individu iaitu menangkap gambar produk dan menyunting gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Peserta yang menyertai turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali