Kelas ICT Asas Microsoft Office Word
11 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat latihan menaip surat rasmi yang disediakan oleh staf PIK.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 1:00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 2 orang peserta daripada Kampung Belawai.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: