Kuiz Atas Talian (Simptom & Cara Pencegahan Covid-19
10 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2021, kuiz secara atas talian berbentuk silang kata telah diadakan. Kuiz ini diadakan untuk dihantar kepada komuniti secara atas talian bagi melengkapkan kuiz silang kata tersebut. Kuiz silang kata ini bertajuk Simptom & Cara Pencegahan Covid-19 dan telah disertai seramai 7 orang komuniti.
Kuiz berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: