Kelas ICT Asas Microsoft Officep Powerpoint (Membuat jadual kelas)
11 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2021, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Powerpoint (Membuat jadual kelas) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat latihan jadual kelas secara individu.
Program yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 11:00 pagi. Kehadiran adalah seramai 6 orang pelajar daripada SK Abg Buyuk Jerijeh dan SMK Belawai.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: