Pendaftaran pelajar dan pengenalan Portal Program Maxis EKelas

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2020 yang lepas, Pusat Internet Kampung Jerijeh telah mengadakan Program Maxis EKelas dimana kelas secara Live bagi murid UPSR dan pelajar PT3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan belajar kepada murid/pelajar selepas habis waktu persekolahan. Sesi ulangkaji turut dilaksanakan bagi menambah ilmu yang sedia ada sebelum menghadapi UPSR/PT3 nanti.

Diharapkan program ini dapat melahirkan murid/pelajar yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital. Program berlangsung sekitar Jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas ini turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 4 orang yang terdiri daripada pelajar Sk Abg buyuk. Kelas ini tamat pada jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali