Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Susunan perkataan)

21 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2020, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (susunan perkataan) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan dengan membuat kerja sekolah untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tingkatan 2.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 3:00 petang. Kehadiran adalah seramai 8 orang peserta daripada SMK Belawai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali