Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Senarai dan harga barang perniagaan)
9 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2020, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat senarai dan harga barang untuk perniagaannya.
Program yang berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta dan juga merupakan usahawan PIK Kampung Jerijeh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: