Kelas Asas ICT (Microsoft Office Word-Membuat Kertas Kerja Untuk Usahawan)

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Febuari 2020, Kelas asas ICT (Microsoft Office Word-membuat kertas kerja untuk membuka perniagaan) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat kertas kerja bagi membuka perniagaan yang berskala kecil.

Kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan dana untuk permulaan perniagaan dari Institut Mara cawangan Sarikei. Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali