Asas Website Bersama Peserta Pengisian Geran Khas Prihatin
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2020, telah berlangsungnya sesi pengisian Geran Khas Prihatin secara atas talian dalam portal yang disediakan oleh kerajaan. Peserta adalah terdiri daripada usahawan yang mengusahakan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk meringankan kewangan perniagaan disebabkan wabak Covid-19 ini.
Permohonan ini dipohon adalah berdasarkan pengumuman yang diumumkan melalui dari media massa dah hebahan orang awam. Kelas yang berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: