Program KDB, Advokasi, Asas Website Bersama Peserta Pengisian Jawatan Kosong Atas Talian E-Pengambilan

10 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2020 telah berlangsungnya sesi pengisian jawatan kosong secara atas talian e-Pengambilan. Peserta ini adalah terdiri daripada lepasan/graduan dari Kampung Belawai dan Kampung Semalau. Seramai 3 orang peserta yang telah hadir. Pengisian jawatan kosong ini adalah berdasarkan kepada kekosongan yang diiklankan di Facebook.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Program tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali