Kursus latihan pengendalian makanan dan suntikan Tifiod bersama usahawan Zon Tanjung Manis

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kursus latihan pengendalian makanan dan suntikan Tifiod adalah satu program yang dikendalikan oleh Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu, dan merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan sekitar Pi untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan dan suntikan Tifiod bagi yang belum memiliki sijil terutamanya bagi usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan makanan.

Sebelum sesi bermula, peserta turut diberi taklimat ringkas berkaitan dengan asas usahawan iaitu kaedah pemasaran dan seterusnya mempromosikan perkhidmatan Pi yang sedia ada untuk dimanfaatkan sebaiknya. Sesi ini melibatkan seramai 57 orang peserta dengan mempraktikkan norma baharu bagi memenuhi pematuhan SOP sepanjang PKPP yang telah ditetapkan di PI. Tayangan KDB, Advokasi dan penyebaran berita palsu mengenai wabak Covid-19 turut diselitkan sepanjang kursus berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali