Program Straemyard Dashboard untuk Staf (TOT)

24 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Program Straemyard Dashboard untuk Staf, Train of Trainer (ToT) adalah satu program secara atas talian oleh staf Pusat Internet Kampung Taee, Sarawak. Tujuan utama program ini adalah untuk membimbing staf Pi dalam menggunakan Streamyard sebagai medium untuk membuat kelas, Advokasi dan medium usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Dengan adanya medium ini, secara lansung pihak Pi dan komuniti dapat berkomunikasi secara jarak jauh disamping dapat menyalurkan maklumat tentang advokasi, ilmu kelas ICT dan ilmu kelas keusahawanan. Pada kelas ini, peserta diajar tentang penggunaan aplikasi ini dan membuat latihan praktikal (Live) dalam facebook page. Program ini disertai seramai 7 peserta dari Pi Semop, Pi Daro dan Pi Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali