Tayangan KDB, Advokasi, Asas Website Bersama Peserta Ujian Penilaian Untuk Jawatan Kosong Atas Talian SPA

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2020 lepas, telah berlangsungnya sesi ujian penilaian untuk jawatan kosong secara atas talian dalam portal SPA. Peserta ini adalah terdiri daripada lepasan/graduan dari Kampung Rajang dan Kampung Belawai. Seramai 1 orang peserta yang telah hadir. Ujian penilaian jawatan kosong ini adalah berdasarkan jawatan yang telah dipohon dan melepasi tapisan yang telah disenarai pendek.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali