Program PeDAS (Facebook Page, Instagram & Shopee)
26 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) Train of Trainer (ToT) adalah satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan ekonomi digital khususnya di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia. Pada 25 Oktober 2020, telah diadakan kelas mencipta akaun Facebook Page, Instagram untuk perniagaan dan Shopee bagi tujuan membeli dan menjual produk.
Turut di ajar juga tentang menghasilkan Copywriting yang berkesn bagi mempertingkatkan kaedah Copywriting untuk tujuan promosi produk. Pada kelas ini, terdapat 5 orang peserta menyertai yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Usahawan Tanjung Manis. Pada kelas ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada program ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: