Asas Website Bersama Peserta Pengisian SPA

20 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2020 (Ahad), telah berlangsungnya sesi pengisian untuk borang SPA oleh penduduk tempatan Kampung Jerijeh. Pengisian SPA ini adalah berdasarkan pemakluman tentang terdapat jawatan kosong SPA yang diumumkan melalui dari media massa dah hebahan orang awam. Dalam sesi ini, peserta telah dibimbing oleh staf yang bertugas untuk membuka laman web dan tunjuk ajar cara untuk mengisi maklumat dan permohonan jawatan.

Kelas yang berlangsung sekitar jam 9.00 dan berlangsung selama 3 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial. Isu penyebaran berita palsu mengenai wabak Covid-19 juga turut disampaikan. Kelas ini tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali