Notis Penutupan Pusat Internet Kampung Jerijeh

27 Mei 2020 | Aktiviti Terkini

Sehubungan dengan status kenyataan media rasmi dan infografik dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 26 Mei 2020 (Selasa), didapati Zon Tanjung Manis telah berubah dari Zon Hijau ke Zon Kuning. Hal ini kerana terdapat laporan 1 kes positif Covid-19 di lokasi Kampung Lot 1, Belawai, Sarawak dengan jarak kurang 5 km dari Pusat Internet Kampung Jerijeh. Justeru Pi akan ditutup sepanjang tempoh status Zon Kuning.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali