Program KDB, Advokasi dan Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
5 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Oktober 2020 yang lepas, Program KDB, Advokasi dan Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong telah dilaksanakan di Pi Kg Jerijeh yang mana penyertaan adalah terdiri daripada 7 orang pelajar SK Abg Buyuk Jerijeh. Program ini secara keseluruhannya adalah mendidik semua peserta dalam penggunaan internet yang berkhemah dan bertanggungjawab.
Program ini secara khususnya mensasarkan semua komuniti sekitar Pi untuk menjadi pengguna yang berdislin tinggi dalam menggunakan teknologi digital yang ada dan mampu memberi kesedaran dan manfaat kepada mereka. Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong juga telah diterangkan secara mendalam agar peserta mamahami intipati kempen tersebut. Program ini telah dibantu oleh 2 orang Sukarelawan ICT Malaysia 2020. Program berlangsung selama 2 jam setengah bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: