Program eUsahawan Digital Commerce (Facebook Page, Instagram & Shopee)

15 November 2020 | Aktiviti Terkini

Program Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) adalah satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan ekonomi digital khususnya di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia. Pada 14 November 2020, telah diadakan kelas mencipta akaun Facebook Page, Instagram untuk perniagaan dan Shopee bagi tujuan membeli dan menjual produk.

Turut di ajar juga tentang menghasilkan Copywriting yang berkesan bagi mempertingkatkan kaedah Copywriting untuk tujuan promosi produk. Pada kelas ini, terdapat 4 orang peserta menyertai yang terdiri daripada ahli Persatuan Penjaja dan Usahawan Tanjung Manis. Pada kelas ini turut diselit taklimat Klik dengan Bijak (KDB), Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong bagi mendidik pengguna internet yang bertanggungjawab. Semoga segala input daripada program ini dapat membantu komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali