Taklimat KDB dan Advokasi bersama pelajar Giat Mara Tanjung Manis

29 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2020, seramai 15 orang pelajar dari Giat Mara Tanjung Manis telah menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi serta pengenalan mengenai Pusat Internet yang telah diadakan di Bilik Latihan Giat Mara. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI.

Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi diadakan bagi memberi pendedahan tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa taklimat berjalan. Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini. Program ini juga turut memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati apabila bekongsi maklumat peribadi mereka ke laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali