Program Pengenalan Portal Program Maxis EKelas

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020 yang lepas, Pusat Internet Kampung Jerijeh telah mengadakan taklimat pengenalan Portal Program Maxis EKelas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi gambaran awal pada peserta mengenai program ini dan manfaatnya kepada pelajar terutamanya dalam pelajaran mereka. Pada sesi ini, pelajar diberi taklimat ringkas oleh wakil staf Pi Kg Jerijeh secara umumnya bermula dari pendaftaran sehingga aktiviti yang menyoronokkan sepanjang perjalanan program itu nanti.

Diharapkan program ini dapat melahirkan murid/pelajar yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital. Program berlangsung sekitar Jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 9 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali