Sesi Temubual Pelajar Program Maxis eKelas

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2020, salah seorang pelajar Program Maxis EKelas dari Pusat Internet Kampung Jerijeh telah dijemput untuk ditemubual oleh pihak Maxis bagi mengetahui secara terperinci latar belakang dan manfaat Program Maxis EKelas ini kepada pelajar tersebut. Secara keseluruhannya, jawapan dari pelajar tersebut mendapat pujian yang positif dari pihak Maxis.

Diharap pemilihan pelajar ini mampu menaikkan semangat pelajar tersebut dan juga pelajar lain untuk sentiasa mengikuti segala program dan aktiviti sepanjang Program Maxis Ekelas itu nanti. Sesi temubual berlangsung sekitar Jam 3.00 petang hingga 4.00 petang menggunakan aplikasi Microsoft Teams.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali