Asas Website Bersama Peserta Pengisian Permohonan Atas Talian Geran Khas Untuk Usahawan Wanita

26 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2020, telah berlangsungnya sesi pengisian untuk borang bantuan Geran Khas Usahawan Wanita secara atas talian dalam portal yang disediakan oleh kerajaan dibawah pelan ransangan bagi memulihkan ekonomi Negara pasca Covid-19. Peserta adalah terdiri daripada dua orang usahawan dan pegisian adalah dibimbing oleh staf yang bertugas.

Permohonan ini dipohon adalah berdasarkan pengumuman yang diumumkan melalui media massa dah hebahan orang awam. Kelas yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali