Program Maxis E-Kelas Subjek Sains dan Matematik

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac 2020 yang lepas, merupakan program eKelas (Live Toturial) Subjek Sains dan Matematik telah diadakan. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa English, Sains dan juga Matematik. Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia.

Antara contoh pembelajaran minggu ini adalah peraturan bilik Sains dan pecahan. Program berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 6.00 petang. Peserta adalah seramai 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan pelajar Sk Abg Buyuk. Markah diberi setelah projek atau latihan dimuat turun oleh pelajar sendiri dalam portal masing-masing. Pada kali minggu ini, kelas hanya diadakan untuk murid/pelajar tahun 6 sehingga tingkatan 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali