Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Senarai produk perniagaan)
8 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2020, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat minit mesyuarat persatuan Wanita Kampung Jerijeh Baru.
Program yang berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 4.00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta dari Kampung Belawai.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah disarankan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan menghentikan penularan wabak Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: