Program Maxis eKelas-Live Tutorial Pelajar UPSR dan PT3 2020

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Kampung Jerijeh telah mengadakan Program Maxis EKelas bagi subjek Bahasa Inggeris dimana kelas secara Live bagi murid UPSR dan pelajar PT3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan belajar kepada murid/pelajar selepas habis waktu persekolahan. Sesi ulangkaji turut dilaksanakan bagi menambah ilmu yang sedia ada sebelum menghadapi UPSR/PT3 nanti. Diharapkan program ini dapat melahirkan murid/pelajar yang lebih berilmu bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam dunia teknologi digital.

Program berlangsung sekitar jam 3.30 petang. Kelas ini turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi (E-waste) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih dan cara menggunakan peralatan elektronik yang betul. Peserta adalah seramai 1 orang pelajar dari SMK Belawai. Kelas ini tamat pada jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali