Asas website Zoom Meeting

28 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2020, kelas asas website aplikasi Zoom Meeting telah dilaksanakan secara online melalui Aplikasi ZOOM yang mana melibatkan 2 orang peserta dari Kampung Belawai. Peserta telah diberi taklimat tentang asas website dan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Semenjak pandemik Covid-19, aplikasi Zoom ini amat penting untuk kita berkomunikasi secara jarak jauh lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan.

Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali