Program PeDAS TOT (Facebook Ads & Facebook Store)
28 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) Train of Trainer (ToT) adalah satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan ekonomi digital khususnya di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia.
Pada 27 Jun 2020 (Sabtu), sesi ketiga latihan telah dilaksanakan secara online melalui Aplikasi ZOOM yang mana melibatkan 37 penyertaan dari Pusat internet Desa (PiD) dan Pusat Internet (Pi). Tajuk pada sesi ini adalah Facebook Ads dan Facebok Store. Segala input daripada program ini akan disampaikan kepada komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: