Briefing Program Latihan PeDAS 2020
25 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) Train of Trainer (ToT) adalah satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan ekonomi digital khususnya di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia.
Pada 25 Ogos 2020 (Isnin), sesi briefing Program Latihan PeDAS 2020 telah dilaksanakan secara online melalui Aplikasi ZOOM yang mana melibatkan 37 penyertaan dari Pusat internet Desa (PiD) dan Pusat Internet (Pi). Pada sesi ini peserta telah diberi taklimat tentang cara untuk mengadakan kelas untuk usahawan setempat dan insentif yang telah disediakan oleh MDEC sepanjang program ini diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: