Asas website Google Meet

16 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2020, kelas asas website bersama pelajar yang menghadiri temuduga permohonan biasiswa Yayasan Sarawak secara atas talian telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar dari Kampung Jerijeh Baru. Permohonan bantuan ini adalah untuk pembiayaan pelajar tersebut bagi melanjutkan pelajaran ke tahap Ijazah Sarjana Muda di Univeriti Malaysia Sabah (UMS). Disamping itu, peserta juga telah diberi taklimat tentang asas website dan cara menggunakan platform Google Meet oleh staf yang bertugas.

Kelas berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali