Asas website Kelas Atas Talian

15 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2020, kelas asas website bersama pelajar yang menghadiri kelas secara atas talian telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar dari Kampung Rajang. Peserta telah diberi taklimat tentang asas website dan cara menggunakan platform kelas atas talian oleh staf yang bertugas. Semenjak pandemik Covid-19, pelajar hanya menghadiri kelas secara atas talian untuk berkomunikasi dengan guru dan membuat tugasan yang diberikan.

Kelas berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali