Asas website Kelas Atas Talian

11 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2020, kelas asas website bersama pelajar yang menghadiri kelas secara atas talian telah dilaksanakan yang mana melibatkan 1 orang pelajar dari Kampung Rajang. Peserta telah diberi taklimat tentang asas website dan cara menggunakan platform kelas atas talian oleh staf yang bertugas. Semenjak pandemik Covid-19, pelajar hanya menghadiri kelas secara atas talian untuk berkomunikasi dengan guru dan membuat tugasan yang diberikan.

Kelas berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 2 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali