PROGRAM PERMATA PINTAR UKM 1

10 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mei 2019 yang lepas, telah diadakan Program Permata Pintar UKM 1 untuk murid dari SK abg Buyuk Jerijeh. Program ini adalah salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui tahap pendidikan murid di setiap sekolah rendah. Pada sesi kali ini, seramai 36 orang murid telah menyertai ujian tersebut dan diiringi ole 6 guru penasihat dari Sk Abg Buyuk Jerijeh. Para Guru yang terlibat serta Staf PI jerijeh telah membimbing murid tentang cara menggunakan Aplikasi Google Websites bagi tujuan untuk mencapai Portal Permata Pintar bagi menduduki ujian secara atas talian.

Program berlangsung sekitar Jam 7.30 pagi hingga 2.30 Petang. Pada program ini, turut diselitkan tayangan KDB dan Advokasi bagi mendidik para pengguna media digital untuk lebih berdisiplin dan  peka dengan perkembangan dan teknologi digital pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali