Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (Belajar Menaip)
5 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Januari 2020, program Kelas ICT Asas Microsoft Office Word (belajar menaip) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan menaip berdasarkan artikel yang disediakan.
Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berlangsung selama 5 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 1:00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 8 orang peserta daripada SK Abg Buyuk Jerijeh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: