Taklimat Keusahawanan Untuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April yang lepas, seramai 9 orang peserta yang terdiri belia-belia sekitar Tanjung Manis, Rajang, Belawai dan Jerijeh telah menghadiri Taklimat keusahawanan untuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang diadakan di Pusat Internet Jerijeh. Program TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Taklimat disampaikan sendiri oleh staf Pusat Internet Jerijeh. Para peserta telah diberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang TUBE secara online. Taklimat kekeusahawanan diharap berupaya membantu mereka dan berguna untuk mereka mendirikan perniagaan sendiri pada masa akan datang. Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) dan Advokasi untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada komuniti. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Program tamat sekitar 1 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali