Quarter 4 Training Untuk Staf Pusat Internet

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2019 lepas, telah berlangsungnya Q4 Training bagi 5 buah Pusat Internet yang tersenarai iaitu Pusat Internet Sebandi Ulu, Pusat Internet Kg. Jerijeh, Pusat Internet Kg. Bandung, Pusat Internet kg. Bako dan Pusat Internet Braang Bayur. Semua staf termasuk Pengurus dan penolong Pengurus turut serta dalam training kali ini yang bertempat di Pusat Internet Braang Bayur, Kuching Sarawak. Pihak Sprintz Designs (SD) telah bawakan seorang Trainer yang berpengalaman untuk kendalikan Kursus pada kali ini. Tajuk untuk kursus kali ini adalah PI Entrepreneurship Maturity Model Training.

Kursus berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berlangsung selama 8 jam ini turut diselit latihan secara berkumpulan dan perbentangan selama 10 minit pada akhir kursus. Staf Pusat Internet diminta untuk bentangkan tentang satu produk yang dinamakan Cool Blog dan meyenaikan SWOT Analysis yang wujud dalam perniagaan tersebut. Kursus di akhiri dengan penyerahan cenderahati kepada Trainer yang telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan sepanjang kursus ini berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali