Pameran Pusat Internet Sempena Hari Tanjung Manis 2019

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019 yang lepas, Pihak PUSAKA (lembaga Kemajuan Kayu Sarawak) telah mempelawa pihak Pusat Internet di Daerah Tanjung Manis untuk sama turut serta dalam pameran Booth yang berlangsung di dewan masyarakat Tanjung Manis. Antara agensi-agensi lain yang turut terlibat adalah seperti Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan (MIED), Lembaga Air Sibu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID), Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tanjung Manis Port Authority (TMPA), Koperasi Pusaka Sarawak Berhad, Lembaga Tabung Haji Sibu, Tenun Rajang dan lain-lain lagi.

Yang Berbahagia Dato Len Taliff salleh , ADUN N.41 Kuala Rajang serta YB Yusuf Bin Abd Wahab Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis turut bersama-sama memeriahkan pameran dengan berkunjung ke setiap Booth untuk melihat sendiri perkembangan perkhidmatan setiap agensi sekitar Tanjung Manis dan sibu. Program berlangsung sekitar Jam 8.00 pagi sehingga 2 Petang. Dalam pameran yang berlansung selama 6 jam tersebut, staf pusat internet turut menayangkan video advokasi, Klik Dengan Bijak serta membuka ruangan usahawan. Selain itu, pusat internet Jerijeh juga sempat mmpromosikan eKelas semasa pameran. Para ibubapa dan juga pelajar diberikan gambaran akan manfaat mengikuti eKelas sambil memperkembangkan potensi pembelajaran anak-anak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali