Hari Terbuka dan Program Kesedaran dan latihan Kebakaran (Fire Drill) Di Pusat Internet Tanjung Manis
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2019 yang lepas, seramai 84 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pusat Internet dan juga Komuniti setempat telah menghadiri Program Kesedaran dan latihan Kebakaran (Fire Drill) di Pusat Internet Tanjung Manis. Pengisian utama dalam program ini adalah mengenai langkah asas tentang keselamatan dan latihan apabila berlakunya kecemasan. Pada program ini, peserta diterangkan secara teori dan praktikalnya mengenai persediaan dan langkah apabila berdepan dengan situasi cemas semasa tercetusnya kebakaran.
Para peserta yang hadir juga turut diajar mengendalikan alat pemadam api daripada demonstarasi oleh 4 wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis. Program berlangsung sekitar Jam 8.00 pagi hingga 1 Petang. Disamping itu, tayangan Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi juga turut diselitkan pada program bagi memberi informasi tentang penggunaan peralatan digital pada masa kini dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Tayangan Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan adalah berkaitan dengan tajuk Penyalahgunaan Internet, Buli Siber dan Siber Grooming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: