Program Mini Showcase 2019 anjuran Jabatan Penerangan Cawangan Tanjung Manis Bertempat Di Pusat Internet Jerijeh

22 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada pagi 21 Mac 2019, Pusat Internet telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Penerangan Cawangan Tanjung Manis, Sarawak sempena Showcase Jabatan Penerangan 2019. Dalam Kunjungan tersebut 12 orang penduduk telah dijemput bagi mewakili penduduk setempat. Pihak Jabatan Penerangan berharap Showcase yang akan dilaksanakan dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada warga tempatan akan fungsi dan juga tanggungjawab jabatan penerangan kepada penduduk tempatan.

Program berlangsung selama 4 jam. Dalam program itu juga pihak Jabatan Penerangan turut melaksanakan kuiz untuk mengetahui sebanyak mana pengetahuan warga terhadap mereka. Program diakhiri dengan ucapan dan hadiah diberikan kepada peserta yang terlibat menjawab kuiz. Program yang berlangsung sekitar Jam 9 pagi ini juga turut diselit tayangan ringkas mengenai Advokasi E-waste dan juga Klik Dengan Bijak. Program tamat pada sekitar pukul 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali