Mini Mesyuarat Suku Pertama Tahun 2019 Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019 yang lepas, telah diadakan Mini Mesyuarat Suku Pertama Tahun 2019 Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro. Pada mesyuarat kali ini, agenda yang diketengahkan adalah mengenai pelan perancangan membuat video untuk setiap bulan mengikut pusat internet yang telah ditetapkan sepanjang 2019. Penekanan dari segi penghasilan video turut diselit sebaris dengan kiteria yang telah ditetapkan oleh SKMM.

Selain itu, objektif utama untuk penambahan like dilaman Facebook serta menambahbaik aliran trafik pengujung ke laman Facebook juga diutamakan supaya maklumat yang disalurkan sedikit sebanyak dapat membantu komuniti dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan tempat menarik di Tanjung Manis, Matu dan Daro dengan tepat dan sahih. Sehubungan itu, tayangan KDB dan Advokasi turut disampaikan bagi melatih staf PI untuk lebih faham dan memudahkan cara penyampaian kepada komuniti kelak selari dengan sasaran SKMM untuk mewujudkan pengguna internet yang berdisplin dan berkhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali