Kelas ICT (Asas Microsoft Office Word) bagi sesi September 2019

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2019, program Kelas ICT (Asas Microsoft Office Word) bagi sesi September 2019 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan dengan menghasilkan surat rasmi dengan format yang betul. Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 1:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali