Kelas ICT (Asas Microsoft Office Word) bagi sesi Julai 2019
9 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Julai 2019 yang lepas, program Kelas ICT (Asas Microsoft Office Word) bagi sesi Julai 2019 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Ofiice serta fungsinya. Para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan praktikal dengan menghasilkan resume secara individu. Hasil kerja peserta turut dibentang pada akhir sesi. Penglibatan adalah terdiri daripada 3 orang komuniti dari Kampung Belawai dan Rajang.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 1:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: