Kelas ICT (Asas Microsoft Office Word-menaip, simpan dan pindah dokumen)

9 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2020, Kelas ICT (Asas Microsoft Office Word-menaip, simpan dan pindah dokumen) telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat surat dan laporan aktiviti tahunan PPWS cawangan Kampung Jerijeh.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali