Program Klik Dengan Bijak(KDB), Advokasi serta Kelas Asas Microsoft Word dan Excel

31 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada pagi 30 Mac 2019 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program KDB, Advokasi serta Kelas Asas Microsoft Office Word dan Powerpoint kepada 8 peserta yang merupakan Belia dari kalangan penduduk tempatan yang sering berkunjung ke pusat Internet Jerijeh. Program dan Kelas ini adalah bertujuan untuk melatih mereka asas Microsoft Office. Sijil juga turut disediakan. Selain itu, staf Pusat Internet juga menjelaskan beberapa Website yang berguna untuk kegunaan mereka sebagai informasi tambahan.

Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 8 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari dan bersambung pada pukul 1 petang dan tamat sekitar 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali