Kelas ICT (Asas Microsoft Office PowerPoint) Bagi Sesi September 2019

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2019, program Kelas ICT (Asas Microsoft Office PowerPoint) bagi sesi September 2019 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Ofiice serta fungsinya. Para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat latihan praktikal dengan menghasilkan slide secara individu.

Hasil kerja peserta turut dibentang pada akhir sesi. Penglibatan adalah terdiri daripada 1 orang murid dari SK Abg Galau Rajang. Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit tayangan dan taklimat ringkas mengenai Siber Grooming dan asas komponen komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 01:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali