Kelas ICT (Asas Microsoft Office Excell) bagi sesi Julai 2019
12 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11Julai 2019, program Kelas ICT (Asas Microsoft Office Excell) bagi sesi Julai 2019 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Ofiice serta fungsinya. Para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan praktikal dengan menghasilkan akaun untung rugi yang ringkas secara individu dengan menggunkan Excell . Hasil kerja peserta turut dibentang pada akhir sesi.
Penglibatan adalah terdiri daripada 2 orang Belia dari Kampung Belawai dan Rajang. Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Advokasi EWaste dan selidik dahulu berita sebelum kongsikan di media sosial. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai pengenalan Komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 1:00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: