Program KDB & Advokasi Seerta Pendaftaran Sukarelawan Malaysian Ict Volunteer (MIV)

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 hingga 19 September 2019 lepas, telah berlangsungnya hari pendaftaran bagi ahli Sukarelawan Malaysian ICT Volunteer (MIV) bertempat di Pusat Internet Kampung Jerijeh. Program ini merupakan program julung kali diadakan yang melibatkan Pusat Internet Kpg. Jerijeh. Seramai 5 peserta dari kalangan belia yang mempunyai Diploma dalam pelbagai bidang. Kelima-lima peserta dikehendaki untuk mendaftarkan diri dalam Portal MIV sebagai salah satu syarat utama untuk turut serta dalam Program MIV.

Taarkh pelaksanaan MIV adalah pada 1-3 November 2019 iaitu 2 bulan dari sekarang. Pendaftaran yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali