Kelas Asas ICT ( Microsoft Office Excel) bagi sesi September 2019
27 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2019, program Kelas ICT (Asas Microsoft Office Excel) bagi sesi September 2019 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan praktikal dengan menghasilkan satu Worksheet yang ringkas secara individu.
Kali ini peserta diberi latihan untuk menghasilkan satu jadual untung rugi perniagaan. Latihan tersebut akan di nilai oleh staf. Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit tayangan ringkas mengenai Cyber Groomingg. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai pengenalan Komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: