E-Kelas Sains & Matematik: Minggu Ulangkaji

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2019 yang lepas, ialah eKelas (Live Toturial) Sains dan Matematik. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama pusat internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa English, Sains dan juga Matematik. Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia.

Minggu ini adalah minggu ulangkaji bagi murid/pelajar kerana tidak lama lagi murid/pelajar akan menduduki peperiksaan penggal ke 2 . Pada minggu ulangkaji ini juga, terdapat aktiviti berkumpulan telah dijalankan antaranya melukis bulatan, gambarajah bunga dan mencari persamaan. Program berlangsung sekitar Jam 10.00 pagi hingga 6 Petang. Peserta adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk. Markah diberi setelah projek tersebut dimuat turun oleh pelajar sendiri dalam portal masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali