Program E-Kelas (Live Toturial) Minggu Ulangkaji

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2019 yang lepas, merupakan program eKelas (Live Toturial) minggu ulangkaji. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa Inggeris, Sains dan juga Matematik.

Minggu ini pihak Maxis telah datangkan 3 guru untuk mengajar para peserta. Setiap subjek memperuntukkan masa selama satu jam untuk sesi ulangkaji. Selain itu para peserta juga dikehendaki untuk masuk ke Learning Port sebagai latihan dan nota bagi subjek yang berkenaan. Program berlangsung sekitar Jam 3 petang hingga 6 Petang. Peserta adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali